This is how I memorize surah yasin @2019. |
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada nabi Muhammad saw hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan nabi Muhammad saw ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar nabi Muhammad saw maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Semalam, sultan Pahang (ayahnda DYMM Agong 2019) mangkat.
Bagi penulis pula, alhamdulillah sudah berjaya menghafal dua surah panjang (al Waqi'ah dan al Mulk). InsyaAllah semoga penulis dapat mempertahankan hafalan surah-surah ini seperti memegang tali unta hingga akhir hayat.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنِّمَا مَثَلُ صَاحِبِ الْقُرْآنِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْإِبِلِ الْمُعَقَّلَةِ إِنْ عاهَدَهاَ عَلَيْهَا أَمْسَكَهَا وَ إِنْ أَطْلَقَهَا ذَهَبَتْ -البخاري
Ertinya: Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya perumpamaan shahib Al Qur`an seperti pemilik unta yang bertali kekang. Jika ia terus-menerus menjaganya (tali) atasnya (unta) ia menahannya dan jika ia melepasnya (tali) maka ia (unta) pergi”. (Riwayat Al Bukhari)
Wallahualam.
Projek hafalan lalat alquran sekarang sudah mencapai 40 ayat (drpd 83 ayat) surah Yasin. InsyaAllah amin ya robbal alamin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.