Tuesday, May 28, 2019

CARA ORDER MANGGA HARUMANIS DARI PERLIS DI KL SEBELUM KE JB UNTUK DI EKSPORT KE SARAWAK DALAM MASA SEHARI



[+ insert mangga harumanis]

Semalam (Ahad), isteri penulis (yg itu) telah berguling-guling kata hendak makan mangga harumanis yg sedang viral di KL ini. Manalah penulis tahu. Wehh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada kann? Kanns.

Jadi aktiviti mencari maklumat pun bermula.

DARI PERLIS KE KL
Untuk pesanan, penulis terjumpa fesbuk harumanisdeliveryKL. Tidak perlu membuat pesanan dari perlis.
Dipendek cerita, penghantaran percuma dalam KL sahaja.
Tiada penghantaran ke luar negeri.
Wasap pun bermula.
Petang Isnin ini, brader harumanisdeliveryKL hantar sekotak ke pejabat tempat penulis memotong rumput di Bukit Jelutong ini.
Penulis mahukan 2 kotak, tapi hanya sekotak sahaja yg tinggal.
Pesanan lain kanna tunggu hari Jumaat pula.
Sekotak rm100 (3kg 7 biji) tidak termasuk caj penghantaran (luar KL) sebanyak rm10 sahaja.

DARI KL KE JB
Naik bas ekspres (Kwok Ping) dari terminal stadium Shah Alam.
Upah rm30 sahaja.
Sampai ke terminal bas Kompleks Pasir Gudang pun sudah tengah malam.
Pemandu bas kata akan sampai di Pasir Gudang pada jam 12.30am.
Penulis agak akan sampai jam 1 pagi.
Tapi jam 11.20pm, pemandu bas buat panggilan tersesat (baca, missed call) kata sudah sampai awal.
Tapi anak lanang itu sudah siap siaga setia menunggu.

DARI JB KE SARAWAK
Isteri penulis (yg itu) uruskan. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.