Sunday, February 17, 2019

LU LANGSI LU MATI

My old school, SMK Dato' Penggawa Barat Pontian bus @2019.


Semalam pulang dari sarapan, isteri penulis (yg itu) memberitahu ada rakan bekas sekerja telah menggantung diri di Pengerang. Bila ditanya, isteri penulis (yg itu) kata berkemungkinan besar disebabkan ibu rakan tersebut telah berhutang dengan ahlong dengan jumlah yg besar.

Cerita lalat lain. Ada rakan penulis mengadu bahawa anak keponakan beliau telah ditangkap polis atas tuduhan merogol gadis bawah umur (16 tahun). Beliau mengadu anak keponakan beliau itu mempunyai IQ yg agak rendah dan tidak bersekolah menengah, setakat darjah 6 sahaja. Walaupun beliau (anak keponakan) itu mengaku bersalah, tetapi beliau juga ada memberitahu bahawa kejadian tersebut dilakukan bersama 3 orang rakan-rakan beliau yg lain yg tidak ditangkap dan didakwa. Kami saspek anak keponakan itu telah dibuli dan dianiaya oleh mereka.

Kemudian penulis teringat juga ada kenalan penulis yang bekerja di PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yg mungkin dapat menyelesaikan masalah ahlong dan kes penganiayaan seperti diatas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.