Saturday, March 16, 2019

12 YEAR OLD BOY



Kelmarin, 14 Mac 2019 (Khamis) adalah hari ulangtahun ke 12 anak lanang bocah cilik itu.

Hajat hari ini (Sabtu) untuk membuat Mykad baru untuk anak lanang itu.
Dan membuat paspot baharu untuk anak wedok yg baharu lepas terima keputusan SPM cemerlang beliau.
Cikgu anak wedok sudah merancang mengajak ke seberang tambak.

Pagi tadi usai sarapan di Masai, kami sudah ke UTC Pasir Gudang, JPN tutup tapi.
Kaunter Kastam dibuka, tapi tiada perkhidmatan fotostat pula.

Petang pula, kami berkejaran ke UTC Kotaraya pula.
Kaunter Kastam tidak melayan kerana waktu sudah lewat.
Kastam tutup jam 5 petang.
Jadi, urusan membuat mykad anak lanang sahaja berjalan dengan lancar.

Malam, penulis beli beg sekolah anak lanang.
Juga, penulis beli dua helai seluar jeans untuk diri sendiri.
Beli di kedai murahan di Today's Market sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.